//Kehidupan hanya sementara

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Assalamualaikum Ukhwah fillah Sesungguhnya ilmu yang aku sampaikan bukan untuk diriku tetapi untuk kamu semua . Be nice here . Selamat Datang Ke blog saya :)

Status : Al-Quran akan mengadu kelalaian kita diakhirat nanti :'(


Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Qyla Azamie

Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ?

Assalamualaikum  
Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya.
Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ?
Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka. Adakah Allah menyuruh mereka berTabarruj ?
Rujuk artikel: Tips Menutup Aurat
Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti.
Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ?

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut.
Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.
Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori.
Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?
Yang terbaru ini, penulis sangat terkejut apabila ada tudung yang di jual menyerupai rambut.
tudung menyerupai rambut
Model tudung terkini yang dijual secara online yang menyerupai rambut.
Jika syaitan gagal menggoda muslimah membuka AURATnya, maka ia akan ganti strategi untuk memakai HIJAB yang tidak sesuai dengan syariat ISLAM.
Astagfirullahaladzim.
Isu tudung yang menyerupai rambut ini ada kami bincangkan di sini
Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung.
Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung.
Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?
Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.
Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga , padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
Muslimah yang benar-benar ikhlas dan fokus untuk menutup aurat kerana syariat Islam lazimnya akan memilih serta memakai pakaian dan tudung yang nampak SEDERHANA yang tidak melampau-lampau rekaan dan gayanya.
SEBARKAN semoga ramai yang sedar.