Monday 25 February 2013

Muhasabah :)


Assalamualaikum reader(s)

Bismillahirahmanirahim 

Alhamdulilah kita masih diberi nafas oleh Allah untuk melakukan ibadatnya yang kita pernah tinggalkan .
Kalau kita buat dosa cepat-cepat bertaubat kepada Allah .
Insya Allah .

Apa yang ada pada diri kita ini adalah pinjaman . Semua yang ada termasuklah diri kita ini 
adalah kepunyaan Allah .

Sepatutnya kita kena bersyukur dengan Allah . 
Tetapi kebanyakkan manusia tidak bersyukur dengan nikmat 
yang telah diberi bahkan melupakan kesyukuran itu .

Manusia taksub pada permainan dunia . 
sehinggakan Akhirat mereka tidak mengambil kira .
Mereka tidak sedar bahawa dunia adalah sementara . 
Akhirat selama-lamanya .

Mereka terlalu seronok akan kehidupan dunia 
mereka tidak memikirkan bagaimana kita diakhirat sana .
Dunia semakin kucar kacir kerana Hiburan .
Hiburan perosak manusia .
Hiburan yang melalaikan mereka . 
Sehinggakan boleh membawa kemaksiatan.

yang hanya dapat menenangkan mereka adalah lagu ?
Bukankah yang menenangkan diri kita adalah Ayat suci Al-Quran .

Wahai manusia bangunlah dari peperangan .
Bangkitlah , Kembalilah kepada jalanMu 
Kau sekarang tengah bertempur dengan orang-orang kafir .
Cuma kau tidak sedar .
Islam semakin mundur .
Bangunlah anak muda Islam .
Bangkitlah kau dari mimpi indah yang tidak nyata .

Jangan jadikan islam sebagai namamu sahaja .
Jadikan namamu untuk membangunkan islam . 

Islam agama sejati . Agama Allah adalah ISLAM 

Allah tidak akan mengubah seseorang umat 
jika dia yang mengubah dirinya sendiri. 
(Ar-Rad : 11 )



No comments:

Post a Comment